8 May 2011

Zainab al Ghazali al Jubaili

dipetik daripada buku "hari-hari dalam hidupku" karangan Zainab al Ghazali al Junbaili :
 
Kegiatanku ini tidak menghalangku daripada menyempurnakan tugas di Markaz Am Jama'ah Muslimat dan tidak pula menyebabkan aku cuai terhadap tugas kekeluargaan. Suamiku yang mulia al-Marhum Muhammad Salim dapat menghidu sifat berwaspada saudara Abdul Fattah Ismail dan beberapa kader-kader bijak dari angkatan muda yang datang ke rumah kami.

"Adakah Ikhwan Muslimin masih bergiat cergas?" tanya suamiku.

"Ya," jawabku.

"Bagaimanakah penyusunannya dan sampai ke tahap mana kegiatannya sekarang?" tanyanya lagi.

"Menyusun kembali jemaah Ikhwan."
"Wahai suamiku yang mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, apakahyang aku ucapkan kepadamu pada hari itu?" tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.

"Ya, kamu mensyaratkanbeberapa syarat. Tetapi hari ini aku bimbangkan gangguan daripada pihak taghut terhadapmu," jelasnya.

Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.

"Aku masih ingat lagi apa yang telah aku katakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui,kerana kamu akan menjadi suamiku. Sealagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jama'ah Musliamat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar...

"Perkara yang aku percayai dan yakini ialah risalah Ikhwan Muslimin. Tidak ada kaitan antara aku dengan Mustafa an-Nahas, cuma persahabatan secara peribadi saja. Aku telah memberi bai'ah kepada Hasan al-Banna untuk mati berjihad di jalan Allah.

"Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku yang sangat ku harapkan. Apabila berlaku pertembungan antara kepentinga peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku, dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berad adi persimpanga jalan."

"Pada masaitu kamu tunduk kepala, kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lau kamu berkata: "Apa yang kamu mahu untuk masa kahwin? Kamu tidak meminta apa-apa, cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah. Aku tidak tahu kamu mempunyai hubungan dengan al-Imam Hasan al-Banna. Yang aku tahu hanyalah engkau telah beselisih faham dengannya, berkenaan dengan tuntutannya untuk menggabungkan Jama'ah Muslimat ke dalam Ikhwan Muslimin."

"Alhamdulillah akhirnya kita bersetuju untuk bernikah di tengah-tengah tribulasi Ikhwan Muslimin pada tahun 1948 sebelum syahidnya al-Imam Hasan al-Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan untuk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya kepada dakwah. Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku di bebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahidin, janganlah kamu betanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya. Terimalah hakikat ini seperti seorang lelaki yang bernikah dengan seorang wanita yang berumur 18 tahun yang menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam. Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak di segenap diriku." kataku dengan panjang lebar untuk mengingatkannya kepada syaart yang pernah kami persetujui.

"Kamu ingat lagikah?" kataku lagi sambil memandang kepadanya setelah diam sejenak.
"Ya." jawabnya.

"Pada hari ini aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia daripada Allah s.w.t, apabila dia menerima amal dan usahaku,"kataku. 

"Aku tahu bahawa, adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi, di dalam jiwa kita, Allah lebih besar daripad diri kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang berada pada suatu marhalah (tahap) yang penting dan genting, di dalam marhalah dakwah," kataku lagi.


"Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwan Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu," kata suamiku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s: kisah yang ditaip tadi adalah sebahagian daripada coretan mujahidah yang telah menyerahkan seluruh hidupnya pada jalan Allah, Zainab al Ghazali al Jubaili. Beliau adalah srikandi muslimah Islam yang amat digeruni oleh pihak taghut Mesir. Coretan di atas adalah sebahagian daripada tinta beliau dalam buku yang bertajuk "Hari-hari dalam hidupku"... Semoga kita dibekalkan dengan semangat dan kekuatan aqidah sohih seperti beliau... amin



3 comments:

  1. doh duk sibuk ko bendo laen sgt... acu buat supo baco buku cmpbell @ silberberg gak etep...haha

    ReplyDelete
  2. xdok cbuk bndo laen eh... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...