26 April 2011

Hidup & Perjuangan...

" Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak inginkan ramainya bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu  & bersamaku membina kembali bangunan yang usang itu..." -As Syahid Imam Hasan al Banna-

Ya Allah, tatkala membaca wasiat mujahid agung ini, terasa kerdilnya diri ini dalam dunia perjuangan. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran dan lubuk hatiku. Risaukan nasib diri ini yang yang masih lagi belum mengenal liku-liku dalam melangkah di segenap lorong-lorong dakwah. Ya benar, diri kerdil ini masih belum mencapai tahap kasihnya seperti Abu Bakar, taqarrubnya sejernih Ali, tadhiyyahnya sehebat Salman. Jika diukur dalam segenap aspek, diriku ini masih belum layak untuk bergelar 'pejuang'.

Masih terngiang2 akan suara yang mendendangkan nasyid "JEJAK" ketika dalam satu program tarbiyah :

menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
kerna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, 
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah



Hidup dan perjuangan memang tidak dapat dipisahkan. Dari saat kelahiran kita sampailah kepada ajal menjemput kita, perjuangan demi perjuangan dan siri perperangan demi perperangan kita bakal lalui. Ya Allah, akhirilah hayat kami dengan dalam keadaan kami berjuang di jalan MU. Buat semua para pejuang di jalan dakwah, mujahadah dalam setiap ceruk-ceruk dan lubang-lubang liku perjuang amat diperlukan. Sabarlah di atas jalan ini. Tegarkah kalian untuk bertemu dengan Pencipta alam ini dalam keadaan kalian sedang bersenag lenang. Ingatkah kalian dengan kisah Kaab bin Malik yang berlengah-lengah ketika seruan jihad kedengaran untuk panggilan ke medan perang Tabuk?? Bersabarlah dan tekunlah di atas jalan dakwah ini...



"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." at taubah ayat 24

Ayuh sahabat sahabatku pejuang di medan dakwah, persiapkanlah diri kalian untuk mengharungi segala bentuk halangan, mehnah & tribulasi perjuangan. Janganlah menjadi mereka yang tergopoh-gopoh mahukan kemenangan. Jika engkau telah wakafkan dirimu dalam medan perjuangan, maka segala bentuk ujian telah kalian tempah untuk mendapat balasan syurga. 

Generasi sebelum kalian lebih hebat tentangan dakwah mereka sehingga ada yang digergaji badan dan kepalanya, disikat dengan sikat besi sehingga luruh dagingnya, disalai di atas api sehingga tersiat kulitnnya, dibunuh dengan kejam, di usir buang negeri, di penjara dan segala bentuk penyiksaan... Tidak malukah kalian dengan Abu Ubaidah al Jarrah, sahabat nabi yang telah memilih untuk hidup dalam kezuhudan daripada keduniaan yang sanggup membunuh ayah kandungnya kerana pertempuram iman dan kufur sewaktu dalam medan Badar.... Alangkah tebalnya iman dan keyakinan mereka. Tidak terdetikkah di hati kalian untuk berhimpun bersama mereka dan seluruh pejuang agama NYA???

" Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya."  surah al anfal ayat 30

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." surah al ahzab ayat 23





p/s: nota ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk peringatan kepada diriku sendiri khusus nya...
"Pemuda Islam mesti tampil sebagai seorang pemuda yang boleh disandarkan harapan oleh masyarakatnya, bukan sebagai pemuda yang tewas dengan ujian, larut dalam suasana kebejatan sosial yang melanda negara kini. Malah pemudalah yang menjadi perisai hadapan yang mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan Islam..." (Fiqh Amal Islami)

Al Muslimun Qadimun...



Untukmu
Wahai imamku
Wahai guruku yang mulia
Wahai pembawa pelita di zaman buta
ke arah jalan Muhammad



Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam
Wahai yang berteriak lantang untuk Islam
Putera-puterinya hanya pemuda Muslim



Dia menulis untuk dunia
sebuah dokumen kemenangan
Dia tidak akan menulisnya
melainkan dengan darah



Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan
engkau hadir di tengah-tengah kami
Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah dan
pelaku dosa
Mereka menyangka engkau telah tiada, sedangkan
engkau menyaksikan kami



Kami ikuti jejak langkahmu di setiap jalan yang gelap
Kemudian bersama kepimpinanmu
yang memberi suluh
Yang telah kau bina tidakkan hancur
Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati
Peribadimu selalu ada dalam fikiran
Dan namamu sentiasa menghiasi bibir


Untaian puisi di atas adalah sebahagian daripada bait-bait puisi tentang As Syahid Imam Hasanul Banna yang dikarang khas oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi yang bertajuk : Al Muslimun Qadimun. Beliau muncul di ceruk-ceruk runtuhan iman dalam kalangan ummat yang penuh dengan palitan dosa. Beliau telah menyemai benih dan menjaganya hingga benih itu tumbuh subur, membesar, lebat, akarnya membenam ke dalam tanah dan batangnya menjulang ke langit. Beliau telah mencetak ribuan ulama' dan cendekiawan Islam yang mahu berjuang di saff hadapan dalam perjuangan dan medan dakwah. Beliau telah mendidik Ikhwan dengan ilmu dan amal, iman dan harapan, cinta dan persaudaraan, tilawah dan bisikan doa.

Beliau adalah ikon pejuang yang rapat hubungannya dengan para pendokong dakwah umpama seorang guru dengan muridnya dalam cara pemikiran, seperti hubungan seorang Sheikh dengan anak buahnya dalam pembinaan ruhiyah, hubungan seorang ayah dan anaknya dalam emosi, hubungan seorang pemimpin dengan kakitangannya dalam sebuah organisasi. -Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi-

Maka layaklah As Syahid mendapat jolokan sebagai MUJADDID...!!!

Allahu Ghayatuna...
Ar Rasul Qudwatuna...
Al Quran Dusturuna..
Al Jihadu Sabiluna...
Al Mautu fi sabilillah Asma Amanina...
Allahuakbar...!!!

P/S: puisi diatas dipetik daripada buku Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun karangan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Ya, aku telah tertarik dengan penceritaan Dr. Yusuf al Qaradhawi tentang kisah pengenalan dan penglibatan beliau di dalam IM. Beliau adalah mutiara yang lahir dari madrasah tarbiyah ikhwan muslimun dan pernah mendekam beberapa kali di sebalik tabir jeriji besi Mesir sejak di bangku sekolah menengah. Buku ini aku beli sewaktu Kuala Lumpur Intetrnational Bookfairs 2011 di PWTC. Selamat membaca...!!


" bergabungnya aku dgn Ikhwan telah mengubah cita-citaku daripda cita-cita biasa & terbatas kepada cita-cita besar & universal "

20 April 2011

~ DIA Kekasihku...





Nak share tentang  KEKASIH aku?? (aku taip huruf besar nie sbb aku terlampau sayang kat DIA)  Pengasih dan Penyayang sifatnya.Betul nie
 x tipu laa..!! Pure cintalah katakan...he3
 Apa taknya masa aku susah,
Mintak tolong jerr pada DIA terasa PEACE semacam jerr... so, mmg surelah KEKASIHKAN?? Isshh, beruntung betul aku dapat kekasih macam nie... x pernah nak sakit hati aku… Biler2 masa jerr... aku boleh contact DIA…Yang seronok tue… sbb  mmg betul2 rasa DIA tue kat hati nie..!! (amiin) Betol laa kan… cinta punya pasal… DIA tak kisah pun… Kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku… sbb kalau aku ingat kat DIA…. then aku contact DIA… sure macam2 laa aku dapat.. tak kira lah material ke.. spiritual kerr….. ermm ehemm…mmg…KEKASIH  SEJATI la tue…


 Biler aku rindu kaat DIA... baca jerr la surat  surat yang DIA bagi.. macam2 nasihat ada kat dalam tu… siap bagi example lagi… nak suruh aku faham… sebelum nie aku pernah gak frust cinta…mmg sedih giler la masa tu… Yer la cinta bagai nak  rak…tetiba clash gitu jer  (saje je buat ayat ni, bukan betol pom..he3) Tapi KEKASIH  aku yang nie… tak pernah kesah pom ngan cinta lama aku tu…DIA  tak der jeles poom...

Cuma aku  jerr yang jeles ngan DIA …..punyer la ramai yang jatuh cinta kat DIA… So, aku kena lah usaha betul2…. kata omputih..what you give you will get back..he3 So, kalau aku usaha lebih skett… aku akan dapat la kan??? Ha… lagi satu…KEKASIH aku nie….baik sesangat…Perfect..!!! tu la kekadang biler je tengah malam, area jam 4-5 pagi… kalau aku terjaga… aku kdg2 klu ade "kredit" aku akan contact DIA nyerr… RINDU LAA….huhu



 Sebenarnya KEKASIH aku nie kaya… millionaire, billionaire dan ntah apa2 naire lagi.. aku pom tak kuasa nak sebutnya… PEMURAH plak tu… semua keperluan hidup aku DIA yang support….caya tak???Free of charge… tapi aku tak sedap hati laa…..Mesti la kena hargai benda yg DIA bagi tu kan???? 
mak aku kata.. kalau org dah bagi.. suke or x suke... amek jerr la…
Pastu pandai2 la jaga budi... itu yg buat aku sanggup bekorban apa saja…cheewwah.!!! DIA  suruh aku belajar BERSUNGGUH2…  kalau boleh belajar smua ilmu… sbb KEKASIH AKU nie mmg bijak+pandai+ cerdik +genius ect… DIA kata smua amal aku buat tanpa  ilmu = sia –sia.. DIA pun tambah sayang kat aku… kalau aku rajin belajar…



 Sebenar nya aku malu nak cakap  benda nie….. emm, sebenar nya aku BELUM pernah jumpa DIA…. LAGI POOM BELUM BERSEDIA ….hu3 Tapi KEKASIH aku nie dah janji suatu hari  nanti… kami pasti akan bertemu... skrang nie aku sedang hitung hari la nie,, Tapi aku kecut perut gak... TAKUUUT?? (ade org kate cuak) So, aku mesti prepare awal2... Drpd  surat2 yg DIA  bagi tu aku tahu apa yg DIA suke dan x suke… Tentu la aku nak benda yg DIA suka…. So, DIA tambah2 la sayang kat aku kan??? Tak per la berkorban skrang….


 sbb DIA dah janji… sape2 yg DIA sayang…. DIA  bagi HADIAH SPECIAL YG TAK PERNAH  TERFIKIR POM aku…Issh…. rindu sesangat dah nie….!!



     KEKASIHKU…. AKU BERJANJI
       PERTAHANKAN CINTA SUCI INI….
          WALAU NYAWA DIGALANG…
               WALAU  KITA TAK PERNAH BERJUMPA…
    AKU TETAP BAHAGIA..
     ITULAH KEKASIHKU...
              ALLAH S.W.T. ….
   CINTAKU YG SATU……
       CINTA TERAGUNGKU….   


                   

18 April 2011

~Mereka Yg Pernah Mencoret Kisah Hidupku (1)~

                                             first batch of MTS
                                                          2004 - 2008     
                                            rindunya pada suasana dahulu... 


                                             ralik duk tengok gapo tuh???   


                                                wajah2 ceria
 
                                                    time meting alumni neh..               


                                            ssengih sokmo hok ni sore....      

                                             bersama anak2 usrah...


                                                 no komen...

                                                   aidilfitri 2010...
                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                            sep kg kota hok rama neh...                                             


                                                    medi & nad
                                                                                                    
                                               MAHFUZ 2010

                                           xlamo doh demo neh nie...hehe
                                                                                                                               
                                                   
                                               untuk kalian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...