9 December 2011

Penghuni Jemputan di Rumah Putih...

WOW!!!

sekali tegok tajuk, bajet GEMPAK....hahaha

 ok, untuk post kali ni, aku nak berbicara tentang "penghuni jemputan" di rumah putih...

Rumah putih ni bukan laa 'white house' di washington DC tuh... betol ke d washington dc?? lantak laa labu..

rumah putih ni, amat laa ISTIMEWA..

seingat aku laa, rumah putih ni siap mase aku umur 6 tahun (1997)

lama jugak usia rumah putih ni yee... hmmmm kalau laa rumah putih ni seorg 'insan'..

da pasti umur dye 14 tahun (form 2)...hahaha

rumah putih ini telah meninggalkan seribu satu kenangan pada diri aku..

by da way, aku x dilahirkan atas rumah putih ini..huhu 

di rumah putih ini ada penghuni tetap...

7 orang semuanya... (6 lelaki 1 perempuan)




ni laa rumah putih tuu...



ahli tetap rumah putih... ( gambar mase raye 2009 klu x clap)
bersama "VIP" sebelah ayah...



ahli tetap rumah putih... (raye 2010, ambek lepas solat raye)



ahli tetap rumah putih ( raye 2011)
p/s : ahli rumah putih makin lama makin 'membesar' n matured...hahaha



TIBA - TIBA....!!!

RUMAH PUTIH DAPAT KUNJUNGAN HORMAT

DARIPADA TETAMU JEMPUTAN....

baru laa nak masuk topik penting

kisah tetamu yang x di undang

TAPI

DAH JADI 'FAMILY' RUMAH PUTIH

dengan x sengaja....

jeng.. jeng.. jeng..

Pada tahun 2005 / 2006... xingat dah tahun brapo...

datang laa sekor kucing yng x diundang..

atas sebab kesian, ahli tetap rumah putih bagi laa makan...

tanpa disedari, rupa2nya, kucing tu da JATUH HATI..

dengan ahli tetap semua....

setelah debat hangat antara ahli tetap berlaku, maka kucing tu diterima sebagai

penghuni jemputan...

Namanya MAMA MIA... (adik aku yang suggest nama neh, cz waktu tu mama mia sarat mengandung)

sori laa, gambar mama mia xde dlm simpanan...huhu

cz waktu tu x bajet pom nok tulis post pasal depa neh...haha

nak di pendekkan cerita..

Mama mia ada 3 ekor anak..

i)Pretty
ii)Beauty
iii)Orange (hidup x lama, mati masa umur 5@6 bulan) sob3... sob3..




ni laa pretty ( aku pelik betol ngan kucing neh)
p/s: nanti crita knapa dye ni pelik sket...hmmmm



adek kpd pretty, Beauty...
p/s: nama asal 'si kurang cantik' cz banyak sgt tompok
tetapi, seorang ahli tetap mintak tukar nama dye neh..
bagi yang best2 laa sket..
bia adil ngan kakak dye tuh (pretty)
at last, atas perstujuan majoriti...
ahli tetap namakan dye Beauty....hahaha




tempat yang menjadi tumpuan penghuni jemputan..
xleh naek rumah sket, mesti nak duk atas sofa...haish!!!
tikar bawah meja tu adlh tempat untuk asah kuku...
cakar jgn x cakar...hahaha




sedang rileks2 lepas minum petang...




antara hobi kegemaran...
nak tahu ape yang dimenungkan cik pretty neh??
hahahaha




daripada kecik, ni laa minat dye..
duk tengok budgie milik ahli tetap..
family budgie da bertambah dgn biak skrg neh...hahaha
tp baru neh, ada 4 ekor yang cabut lariiii..huhuhu
cz x ingat nak tutup pintu rumah budgie neh...kuang3



family budgie...


rumah family budgie neh..
orang pom muat nak masuk...kah3


p/s : mama mia hidup x lama... mati dilanggar kereta...huhu
        sewaktu mencari anak2 nya yang hilang 
        ( adik kpd pretty n beauty)...

jadual makan tetamu jemputan setiap hari :

i) pagi : jam 6.30 (waktu ahli tetap nak g kerja n skolah)

ii) tgh hari : jam 3.00 ptg ( waktu ahli tetap makan lunch)

iii) malam : 7-7.30 mlm : (waktu ahli tetap nak g tuisyen @
                                            masjid

Makanan Kegemaran : Nasi putih + ikan rebus / ikan bakar

p/s: ahli tetap rumah putih akan membeli 2-3kg ikan kembung dan sewaktu dengannya untuk lauk MINGGUAN kucing2 ni..
diorg x mnat mkan wiskes, katanya x best n x asli...hahaha
sirius neh!!!! memang mereka x makan wiskes... makan time2 tengok TV je...kua3

saya selalu mendengar kata2 dripada ahli tetap kpd tetamu2 kami : " tolong doakan keselamatan, kesejahteraan serta kebaikan untuk kita semua... jika kami masih lagi sihat dan mampu, insyaAllah makanan untuk kalian x terabai..." 

BUATLAH IHSAN PADA MAKHLUK ALLAH....



post ni ditulis cz rasa rindu sgt2 nak jumpe dgn semua ahli tetap rumah putih n semua tetamu jemputan... kalian sudah berjaya menambat hatiku... 
saat nak publish post ni tiba2 mesej masuk inbox " loni kami (ahli tetap rumah putih) duk d demong beach resort dkt dgn bukit keluang, xleh lama kat sini cz kesian ke kucing2 kat rumah.."
selamat ber'family day' ahli rumah putih sekalian....

~uia kuantan, tabari 6.26 p.m~

7 December 2011

DOA

Suasana dlm bilik itu tiba2 senyap... Diam seketika...
"...sebelum kamu semua study, pernah x baca doa???" tanya seorng kakak (kakak sleu ak neh)
masing2 saling berpandangan satu sama laen... (ada yg mengangguk n ada yg buat2 x layan cz sibuk duk salin note)
tiba2, dia berhenti menulis... ditarik nafasnya dalam2...
"Akak x pernah belajar n study melainkan akak akan berdoa trlebih dahulu..."
"Biasanya akak akan berdoa selama 1/2 jam atau lebih dan pernah sampai 1 jam"
"Akak akan bertaubat dan minta ampun dari Allah dahulu SEBELUM AKAK MINTA DIPERMUDAHKAN SEGALA ILMU UNTUK MASUK SEWAKTU BELAJAR"
"Akak tidak akan belajar melainkan sudah ada ketenangan yg dicurahkan kedalam hati akak"
"Mana mungkin ilmu yg menjadi milik Allah itu untuk masuk ke dalam hati dan jasad yg bermaksiat..."

Ya Nurr, Ya Hadi...
Limpahkan selautan ilmu Mu kedalam hatiku...
Agar bisa ku mengenalMu dengan sepenuh keyakinanku..


******************************

Ya, mungkin kita anggap DOA adalah satu perkara yang remeh dalam hidup...
apabila ditimpa masalah dan musibah, maka kalutlah diri kita untuk mula mencari tikar sejadah..
kononnya mahu menjahit kembali sejadah iman yang telah kian lama terkoyak...
mahu menyulam kembali taubat2 yang lama kita tinggalkan..
mahu menyemai kembali bibit rasa kasih cinta pada Pencipta....


Itu semua LUMRAH hidup manusia...!!!

adakah kita merasakan Allah akan memakbulkan DOA n melihat kita dengan pandangan rahmat dan kasih NYA setelah sekian lama kita tinggalkan Allah??
berapa banyakkah masa dalam seharian kamu peruntukkan untuk Allah???
Perkara apakah yang menghalangmu daripada 'bertemu' dengan Allah dlm seharian hidup mu??

Allah... Allah... Allah... Allah..

Wahai diriku yang mudah sangat lupa...
ketahuilah oleh mu, tatkala kamu mengingati Allah dikala kesenangan melilit tubuh mu,
takala kamu bersyukur dikala rahmat dan rezeki melimpah ruah turun kepadamu,
tatkala kamu merindui Allah dikala isi dunia diberikan padamu,
di saat kegembiraan kamu di peruntukkan untuk Allah...

MAKA


Allah yang bersifat dengan penuh adil dan kasih sayangNYA..
Yang bersifat dengan ar-Rahman dan ar-Rahim...
akan turut mengingatimu..
disaat kamu kehampaan..
dikala kamu kekecewaan..
ketika kamu kesedihan...
diwaktu kamu ditinggalkan kesepian...
di masa kamu dijatuhkan...
disaat hatimu gundah gelisah..
dikala jiwamu resah...

Ingatlah Allah dikala kamu senang, Nescaya Allah mengingatimu dikala kamu kesusahan...


"Jika Allah  menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." ali imran

" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " ar- ra'adu

 "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " al-Baqarah


6 December 2011

matahari telah terbit...

saya akan mula menaip kembali.....

buat permulaan ni, nah ambek satu kata2 yg aku pungut dari lorong2 mereka yg merasai pahit dan manis dlm perjuangan.. aku harap aku dan kalian bersama2 'mereka' itu...

    --------------------------->>>>


"Pada persepsiku, sekujur tubuh badan yang kaku dalam mempertahankan keadilan daripada kezaliman adalah LEBIH BAIK daripada tubuh sasa yang mendampingi kerakusan dan membelakangi kemanusiaan...."

~~ "...terus terang aku katakan : Roh ummat ini adalah ISLAM!!! Islamlah yang telah menghidupkan ummat ini daripada kematiannya. Islamlah yang mengumpulkan daripada perpecahan, memberinya petunjuk dan mengeluarkan daripada kesesatan. Memecahkan belenggu kejahilan. Mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya. Menjadikan ummat yang terbaik yang dikeluarkan di kalangan seluruh ummat manusia...!! 
(al-Qaradhawi)


Ya Allah, Gantikanlah ketewasan dan kegelapan pada hari ini dengan suatu hari yang megah dan cerah... seperti hari Khalid al-Walid di dalm perang Yarmouk, ataupun di hari Saad bin Abi Waqas dalam perang al-Qadisiah, atau di hari Amru bin al-Ash di perang Ajnadain atau di hari Tariq bin Ziad menakluk Andalus, atau Salahuddin al-Ayyubi di Hittin atau Qataz di Ain Jalut.... Atau di hari al-Fateh pada pembukaan Konstantinopel.... 


Kemenangan mutlak adalah milik Allah...


3 July 2011

Ahlan Wa Sahlah Ya Syahra Sya'ban



حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ

(BUKHARI - 1834) : Telah menceritakan kepada kami Mu'adz bin Fadhalah telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Yahya dari Abu Salamah bahwa 'Aisyah radliallahu 'anha menceritakan kepadanya, katanya:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melaksanakan shaum lebih banyak dalam sebulan selain bulan Sya'ban, yang Beliau melaksanakan shaum bulan Sya'ban seluruhnya.

وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا

Beliau bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, karena Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Dan shalat yang paling Nabi shallallahu 'alaihi wasallam cintai adalah shalat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Dan Beliau bila sudah biasa melaksanakan shalat (sunnat) beliau menjaga kesinambungannya".

[فائدة في قراءة أول ((سورة الدخان)) ليلة نصف الشعبان]

قال الشرجي رحمه الله تعالى في: "الفوائد في الصلات و العوائد" : (من قرأ أول سورة الدخان إلى قوله تعالى : ((الأولين)) [حم (1) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ (5) رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (6) رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ (7) لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آَبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ (8)] في أول ليلة من شعبان ((خمس عشرة مرة)) إلى ليلة الخامس عشر، و يقرؤها ((ثلاثين مرة))، ثم يذكر الله تعالى، و يصلي على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم عشرا، و يدعوا بما أحب.. فإنه يرى تعجيل الإجابة فيها؛ إن شاء الله).

كنز النجاح و السرور

[Faedah pada membaca awal Surah Ad-Dukhan) pada malam Nisfu Sya’ban]

Telah berkata Al-Imam Al-Syaraji Rahimahullahu Ta’ala di dalam kitab “Fawaid Al-Shilat wa Al-‘Awaid” : Barang siapa yang membaca awal Surah Ad-Dukhan sehingga firman Allah Ta’ala ((الأولين))  :

[حم (1) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ (5) رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (6) رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ (7) لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آَبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ (8)]

Pada malam pertama di Bulan Sya’ban (sebanyak 15 kali) sehingga malam ke-15 pada Bulan Sya’ban, dan dia membaca ayat-ayat tersebut sebanyak 30kali, dan dia berdzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta berselawat ke atas Junjungan Mulia Sayyidina Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebanyak 10kali, kemudian dia berdoa kepada Allahu Subhanahu Wa Ta’ala dengan apa sekalipun doa yang disukai. Nescaya dia akan mendapati cepatnya doa yang dipohonnya itu diterima oleh Allahu Subhanahu Wa Ta’ala, dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Rujukan : Kitab  Kanzu Al-Najah Wa Al-Surur

29 June 2011

Dialah bidadari di dunia...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,     
 "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis.

Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
                                                                             
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
                                                              

                                                                             

20 June 2011

Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?


KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 19 Jun 2011 "Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?"   Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan menjelaskan Sekolah Maahad Swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan", seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.   
Akhbar Utusan Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah. Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.  
Apa yang merisaukan laporan Utusan ini terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak di dedahkan dan Sekolah Maahad mana tidak disebut secara langsung ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini.   Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang di tahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan.   
Sekiranya betul wujud, DPPM mintak di dedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad di wujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh Utusan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.   Tindakan utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.   
Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah Maahad.   Telah terbukti, Sekolah-sekolah Maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.   DPPM juga tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan UMNO/BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.     Memimpin kebangkitan anak muda     Nasrudin Hassan At-Tantawi KetuaDewan Pemuda PAS Malaysia


26 May 2011

Di manakah kita semua....??



Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.



Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.



Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!



Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.



Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.



Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”


susuk tubuh darah pejuang syahid ini telah menubuhkan al- Harakatul Muqawwamatul Islamiyah atau HAMAS bersama sahabat-sahabatnya pada 14 Disember 1987. Jasad ini telah berkelana bertemu dengan Allah bersama darah kesyahidan dan perjuangan suci apabila dijatuhi dengan bom daripada helikopter Israel laknatullah seketika selepas usai solat subuh berjemaah di masjid pada 22 Mac 2004.... Semoga darah dan debu-debu perjuangan terus terpalit di tubuh-tubuh kita semua....

15 May 2011

Setitis Linangan... Selamat Hari Guru..




Dalam hening subuh, cahaya sang fajar,
Guruku menadah tangan memanjat harapan,
Menggadai jati diri untuk anak bangsa,
Mengalun irama, anak-anakku...
Semoga kalian berjaya...

Guruku sering melapah keringat, memerah semangat,
Biar bangsaku berjasa,
Haus ditelan serak suara perkasa,
Cemar dikotori debu kapur permata,
Lasak menapak mengelilingi sekolah tua,
Walau dikota atau rimba belantara...


Saban hari, air mata guruku,
Melayan kerenah ibu bapa muridmu,
Sering kali dibenci dikutuk nista,
Namun, air mata guruku penawar berharga,
Walau dipuji guruku tidak alpa,
Walau dikeji guruku tetap tega,
Hatinya tembaga suasa...

Air mata guruku,
Menangisi kejayaan muridnya,
Menangisi kegagalan muridnya,

Pada hari ini,
Sapulah air matamu guruku,
Sebagai lambang dirimu yang berjasa,
Menyuburkan benih harapan bangsa,
Menjadi pohon cemara berbunga jingga,
Menyebarkan wangian yang tak pernah padam jua...


p/s : Selamat Hari Guru kepada seluruh pendidik yang telah sudi mendidik diri ini...
- Seluruh Murabbi di Tadika Tengku Anis,
- Seluruh Murabbi di Sek. Keb. Sultan Ismail (1),
- Seluruh Murabbi di Maahad Muhammadi lil Banin,
- Seluruh Murabbi di Maahad Tahfiz Sains Berangan,
- Seluruh Murabbi di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,
- Seluruh Murabbi di Centre Foundation Studies Of IIUM...

dan kepada kedua-dua insan yang telah menjadi guru sejatiku hingga ke akhir hayat hidup ini... kedua ibu bapaku SUHAIMI HUSSIN & RUHANI HUSSIN....
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...