17 March 2012

Remaja-remaja kecil itu menari-nari di anak mataku..

Sejujurnya  zaman itu sangat indah..
Keadaannya, manusianya, dan segala apa ttgnya..



Kala hening sebelum subuh menjelma, para remaja2 kecil itu membuka mata.
Gegas berlumba membersih, menyuci dan menghias diri.
Meski air tidak pernah bertoleransi membukti kehebatan sejuknya.
Mereka tetap setia menempuh memaksa diri.
Ya, kekadang sesekali terlepas aturan, mrk terus diulit mimpi.
Maka, kebiasaannya 'hadiah' yg 'indah' bakal diterima di kaki.
Ya, memang ia menyakitkan buat mereka. Benci.
Namun, ia sebenarnya mengajar, lantas mnjadi pembentuk diri.
Tarbiyyah ILAHI.



Usai berjemaah subuhnya, maka ma'thurat diratib, surah pilihan di bibir titip.
Meski terkadang ianya cukup 'membosankan' saat itu.
Maka tertunduklah kebanyakannya walau tanpa 'irama merdu' bersama.
Ya, sudah tentu sesekali 'kebosanan' menjelma.
Namun, sudah tentu ia bukan suatu yg tiada tujuan. Ia sgt berharga.



Doa selesai diaminkan, berlarian pulang ke tempat penginapan.
Ada yg terus beratur memburu makanan, ada yg terus mencapai pakaian.
Dan sudah tentu ada juga yg memilih utk kembali berdengkuran.
Semua biasa dilakukan. Pilihan.

Mendekati saat loceng bakal berlagu.
Berkemundanglah seruan2 meminta kawasan tertentu dikosongkan.
Berpakaian Jubah, berkopiah bg ikhwahnya.
Berpakaian Jubah, bertudung labuh bg akhwatnya.
Indah.
Beraturan di sisi kelas, bertadah tangan doa pembuka hari diaminkan.
Sesekali kuku diperiksa, kekemasan diri dilihat jaga.
Kandas? Ya, sudah tentu ada.



Bermulalah kelas yg paling berharga.
Ayat-ayat CINTA itu semua dituturkan.
Duduk, berjalan, menulis, terhangguk, terlentok.
Semuanya wujud. Remaja-remaja itu terkumat kamit.
Mata mereka terpejam celik.
Lantas kalimah-kalimah suci itu dibaca tutur di hdpn para asatizah yg mulia.
Terkadang, ada yg kembali ke tempat asal tanpa misi berjaya.
Berputus asa? Tidak sama sekali. Kerna ia tuntutan buat mereka.

Tamat.
Kelas pelajaranpun bertukar rupa.
Mentelaah ilmu2 dunia mahupun agama. Segalanya mngikut aturan etikanya.
Bersungguh pendidik-pendidik itu menyampai mutiara.
Meski tidak kurang ramai juga yg? ' Syahid' istilahnya..
Usai sebelum zohor berkumandang memanggil.
Madah paling mulia itu kembali lg.



Zohornya berjemaah, sesekali wujud tazkirah.
Kelas disambung bbrp ketika, lantas 'bunyi' kesukaanpun bergema.
Ada yg tilam dan katil dlm bayangan.
Ada yg makanan menjadi pilihan.
Ada juga yg terus menukar pakaian dan kembali ke medan pelajaran.
Menunggu laungan asar, kesemua remaja2 itu 'dipaksa menetap' di luar penginapan.
Pelbagai perasaan.



Usai salam asar dituturkan imam, ma'thurat muncul mngambil giliran.
Membacanya menjadi syarat wajib utk dilepaskan.
Kemudian, waktu plg mereka idamkan menjelma.
Maka kebanyakan seluruhnya ber'pesta', bersuka ria.
Menunai hak fizikal dan mental bersama-sama. Gembira.
Maghrib? Sudah tentu sbelum ia tiba, maka semuanya perlu bersedia.
Namun, sudah tentu terkadang, atau terbiasanya masa terlepas dari mata.
Maka, 'bahana' sesekali diterima mrk.



Maghrib berurutan saff, bersurah Al-Dukhan.
Lantas kelas paling mulia itu  menjelma kembali.
Berbual bola, berbual cerita, berbual senda, ya, semuanya ada.
Hingga Kalimah 10 kelihatan pada muka jam.
Usai, saff isya'pun segera wujud.

Yang perutnya berbunyian, maka pilihannya dewan makan.
Yang matanya kemerahan, maka pilihannya bantal dan tilam idaman.
Yang 'burung hantunya' terus bersama2 menikmati malam, di tangga2,
di beranda2, mahupun di mana2 sahaja yg selesa.
Malam meneruskan perjalanan.
Tatkala semua sudah 'kematian'.
Berakhirlah sebuah hari dalam kehidupan remaja-remaja kecil itu.



Dan keesokannya, seperti biasa..
Hari baru yg indah melambai dan menyambut peluk mereka,
PARA REMAJA-REMAJA kecil yg sgt istimewa..

Apa khabarkah remaja-remaja kecil itu ya sekarang...



Di mana shj mereka berada, semoga TUHAN menjaga, memelihara mereka.
Kerna mereka bukan insan biasa.



MEREKA SANGAT ISTIMEWA!

Di mana bumi dipijak di situ AGAMA dijulang.
Di mana bumi dipijak di situ AL-QURAN gemilang.
Di mana bumi dipijak moga di situ 'REMAJA-REMAJA' itu berjuang..

QURAN itu KALAM TUHAN, mereka pula PEMELIHARA QURAN ~


coretan khas dprd remaja kecil itu : https://www.facebook.com/profile.php?id=100000698016171

4 March 2012

Pejam Celik Pejam Celik (I)...

Pejam celik pejam celik,
dah besar rupanya aku neh..
tp, rasa mcm kejap je baru hidup..
terasa baru lepas keluar dari tadika je..
naek bas sekolah jam 8 pagi,
balik kol 12.30 tgh hari..
hari selasa pakai baju melayu putih,
hari laen pakai baju warna cokelat..
hari isnin n rabu boleh main smpai kol 9.30 pagi...
seingat aku laaa,
kat tadika lagi dah kena hafal segala doa,
doa sblm makan, lepas makan, masuk tandas, kluar tandas, lintas jalan, masuk n kluar masjid,
naek knderaan, sblm n lepas blajar, n segala macam doa...
waktu dulu semua lancar doa neh...hahaha baca ramai2..
lintas jalan pimpin tangan 'brdua2an'..
bestnya dpt jd budak yg baik dulu...huhuhu
kat tadika ni laa mula blajar bhs arab...
wahid, isnani, thalasah, arba'ah, khmsah n etc..
satu, dua, tiga, bla bla bla
tiap2 minggu ada kelas lukisan..
aku spesis tangan keras...haha mana laa reti nak lukis2 n seni2 neh..
tp, selalu mintak 'bintang' lebih dr cikgu...hahaha
sabar je laa cikgu..
andai waktu dapat di putar kembali....
aahhhhhh... indahnya saat itu..
~sekejapnya masa berlalu....


Pejam celik pejam celik,
dah besar rupanya aku neh,
kenangan kat sekolah rendah dulu pom masih 'panas' lagi,
darjah 1 & 2 pakai kasut putih, baju putih n seluar blue black,
darjah 3 pakai kasut hitam, seluar putih n baju putih (mklum laa, jadi pengawas muda)
hahahaha
darjah 4,5,6 pakai kasut hitam, seluar putih n baju putih + blazer blue black (panas kot pakai dua tiga lapis neh)
kelas dulu ikot nama planet ( bergaya betol sekolah aku dulu)
darjah 1 neptune, darjah 2 marikh, darjah 3-6 pluto..
rumah sukan ikot nama 'Hang'
Hang Lekir dari darjah 1-3
lepas tu ikot nama kereta pulak,
Rumah Perdana dari darjah 4-6..
kat sekolah rendah xde trget laen pom..
belajar smpai dpt 5A..
tu je matlamat time tuh...hahaha


mlm sblm UPSR,
rumah aku bising dgn suara mak aku duk lontar nasihat...
"g baco n wak latihe nuh, pahtu tidow awal, xsoh caro ko nok ngemah bare laa, bia prekso abih dlu, bia mok jah hok sipe n ngemah bare"
coz aku sibuk duk packing barang nak g lawatan smbil blajar lepas upsr..
mana tak nya..
cz lepas je upsr, mlm tu terus brtolak dari sekolah..
lawatan smbil blajar lepas upsr...
aadddooiiii...
alhmdulillah dpt 5A jugak akhirnya...
masa time g ambek result upsr tuh..
x brdebar langsung..hahaha
cz ak memang dah agak dpt 5A...wakakakakaka
teruk betul fikiran time tuh...kua3
pegi dgn perasaan hepi wlwpun belom lg tntu dpt 5A..
biasalah.. budak2 lg time tuh..
lepas abis upsr,
segala jenis permainan yg dibawa k sekolah..
saidina, uno, gameboy, kreta cntrol, n etc
segala jenis permainan yg dimainkan..
berambat polis, berebut tie (tiang), ddekcok ambak,
pepsi cola, berambat patung, ice water...hahaha
banyak lagi kalu nk disebut..
tp aku x tehe doh duk suko sore cz beraso 'gorm' molep time tuh..


*taip kot bhaso klate sikit2, bia braso puah hati gapo hok nok tulih...hahaha
banyok sbena crito2 maso jadi budok2 dulu..
tu baru crito hok maso duk d skoloh..
x crito lagi maso duk dumoh...
maso kecik dulu semo binate aku pero...kua3
ular, tikus, kala jengking, kkatok, belut, ayam, segala jenis ike, kucim, puyuh, itik, bewok, karung, ramo, belale, lipas, semut hite, dan segala arwah2 binate hok aku sdiri pom x ingat doh gapo...
meme gege skmo dulu cz keno maroh..
smeta2 wak kelik binate tuh, pahtu hok neh, pahtu gak hok tuh..
cekak ngepek laa mok aku dulu...
buke stakat aku sore jah...
abe n adik aku pom join skali..
hahahahaha


**aku buat post laen laa psl 'My Pets" maso kecik2 dulu..
cz bnyok sgt kenangan bersama mereka...hahaha
pakat nga abe n adik aku pero n susuk dale bilik...
cz xsey wi mok aku tahu...ngeh3


~sekejapnya masa berlalu... 


jom cari saya didalam gambar2 lama n masa kecik kat bawah neh...


masa darjah 3 ( jadi pengawas muda)


ni masa darjah 6 klu x silap



ahli exco pengawas...hahaha


masa lawatan sambil belajar ke cameron highland


masa lawatan sambil belajar ke cameron highland


yang ni time darjah 4...


masa darjah 6...


**al fatihah buat guru kelasku masa darjah 6 neh..
Allahyarhamah Puan Hasnah Bt Ali..
beliaulah org pertama yg aku bagitahu result upsr dulu cz beliau teramat istimewa di hati2 kami dulu...
cikgu, semoga kau ditempatkan dikalangan mereka yg solehin dan mendapat rahmat dan redho Allah disana.. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

to be continued....(^_^)

3 March 2012

Detik 3 MAC 1924..

sejarah hitam 300x195 Memperingati 88 tahun sejarah hitam
Khalifah terakhir Islam meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1924.
Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
atarturk 300x206 Memperingati 88 tahun sejarah hitam
Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai 'Bapa Kemodenan Turki'
Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.
Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?
Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...