9 December 2011

Penghuni Jemputan di Rumah Putih...

WOW!!!

sekali tegok tajuk, bajet GEMPAK....hahaha

 ok, untuk post kali ni, aku nak berbicara tentang "penghuni jemputan" di rumah putih...

Rumah putih ni bukan laa 'white house' di washington DC tuh... betol ke d washington dc?? lantak laa labu..

rumah putih ni, amat laa ISTIMEWA..

seingat aku laa, rumah putih ni siap mase aku umur 6 tahun (1997)

lama jugak usia rumah putih ni yee... hmmmm kalau laa rumah putih ni seorg 'insan'..

da pasti umur dye 14 tahun (form 2)...hahaha

rumah putih ini telah meninggalkan seribu satu kenangan pada diri aku..

by da way, aku x dilahirkan atas rumah putih ini..huhu 

di rumah putih ini ada penghuni tetap...

7 orang semuanya... (6 lelaki 1 perempuan)




ni laa rumah putih tuu...



ahli tetap rumah putih... ( gambar mase raye 2009 klu x clap)
bersama "VIP" sebelah ayah...



ahli tetap rumah putih... (raye 2010, ambek lepas solat raye)



ahli tetap rumah putih ( raye 2011)
p/s : ahli rumah putih makin lama makin 'membesar' n matured...hahaha



TIBA - TIBA....!!!

RUMAH PUTIH DAPAT KUNJUNGAN HORMAT

DARIPADA TETAMU JEMPUTAN....

baru laa nak masuk topik penting

kisah tetamu yang x di undang

TAPI

DAH JADI 'FAMILY' RUMAH PUTIH

dengan x sengaja....

jeng.. jeng.. jeng..

Pada tahun 2005 / 2006... xingat dah tahun brapo...

datang laa sekor kucing yng x diundang..

atas sebab kesian, ahli tetap rumah putih bagi laa makan...

tanpa disedari, rupa2nya, kucing tu da JATUH HATI..

dengan ahli tetap semua....

setelah debat hangat antara ahli tetap berlaku, maka kucing tu diterima sebagai

penghuni jemputan...

Namanya MAMA MIA... (adik aku yang suggest nama neh, cz waktu tu mama mia sarat mengandung)

sori laa, gambar mama mia xde dlm simpanan...huhu

cz waktu tu x bajet pom nok tulis post pasal depa neh...haha

nak di pendekkan cerita..

Mama mia ada 3 ekor anak..

i)Pretty
ii)Beauty
iii)Orange (hidup x lama, mati masa umur 5@6 bulan) sob3... sob3..




ni laa pretty ( aku pelik betol ngan kucing neh)
p/s: nanti crita knapa dye ni pelik sket...hmmmm



adek kpd pretty, Beauty...
p/s: nama asal 'si kurang cantik' cz banyak sgt tompok
tetapi, seorang ahli tetap mintak tukar nama dye neh..
bagi yang best2 laa sket..
bia adil ngan kakak dye tuh (pretty)
at last, atas perstujuan majoriti...
ahli tetap namakan dye Beauty....hahaha




tempat yang menjadi tumpuan penghuni jemputan..
xleh naek rumah sket, mesti nak duk atas sofa...haish!!!
tikar bawah meja tu adlh tempat untuk asah kuku...
cakar jgn x cakar...hahaha




sedang rileks2 lepas minum petang...




antara hobi kegemaran...
nak tahu ape yang dimenungkan cik pretty neh??
hahahaha




daripada kecik, ni laa minat dye..
duk tengok budgie milik ahli tetap..
family budgie da bertambah dgn biak skrg neh...hahaha
tp baru neh, ada 4 ekor yang cabut lariiii..huhuhu
cz x ingat nak tutup pintu rumah budgie neh...kuang3



family budgie...


rumah family budgie neh..
orang pom muat nak masuk...kah3


p/s : mama mia hidup x lama... mati dilanggar kereta...huhu
        sewaktu mencari anak2 nya yang hilang 
        ( adik kpd pretty n beauty)...

jadual makan tetamu jemputan setiap hari :

i) pagi : jam 6.30 (waktu ahli tetap nak g kerja n skolah)

ii) tgh hari : jam 3.00 ptg ( waktu ahli tetap makan lunch)

iii) malam : 7-7.30 mlm : (waktu ahli tetap nak g tuisyen @
                                            masjid

Makanan Kegemaran : Nasi putih + ikan rebus / ikan bakar

p/s: ahli tetap rumah putih akan membeli 2-3kg ikan kembung dan sewaktu dengannya untuk lauk MINGGUAN kucing2 ni..
diorg x mnat mkan wiskes, katanya x best n x asli...hahaha
sirius neh!!!! memang mereka x makan wiskes... makan time2 tengok TV je...kua3

saya selalu mendengar kata2 dripada ahli tetap kpd tetamu2 kami : " tolong doakan keselamatan, kesejahteraan serta kebaikan untuk kita semua... jika kami masih lagi sihat dan mampu, insyaAllah makanan untuk kalian x terabai..." 

BUATLAH IHSAN PADA MAKHLUK ALLAH....



post ni ditulis cz rasa rindu sgt2 nak jumpe dgn semua ahli tetap rumah putih n semua tetamu jemputan... kalian sudah berjaya menambat hatiku... 
saat nak publish post ni tiba2 mesej masuk inbox " loni kami (ahli tetap rumah putih) duk d demong beach resort dkt dgn bukit keluang, xleh lama kat sini cz kesian ke kucing2 kat rumah.."
selamat ber'family day' ahli rumah putih sekalian....

~uia kuantan, tabari 6.26 p.m~

7 December 2011

DOA

Suasana dlm bilik itu tiba2 senyap... Diam seketika...
"...sebelum kamu semua study, pernah x baca doa???" tanya seorng kakak (kakak sleu ak neh)
masing2 saling berpandangan satu sama laen... (ada yg mengangguk n ada yg buat2 x layan cz sibuk duk salin note)
tiba2, dia berhenti menulis... ditarik nafasnya dalam2...
"Akak x pernah belajar n study melainkan akak akan berdoa trlebih dahulu..."
"Biasanya akak akan berdoa selama 1/2 jam atau lebih dan pernah sampai 1 jam"
"Akak akan bertaubat dan minta ampun dari Allah dahulu SEBELUM AKAK MINTA DIPERMUDAHKAN SEGALA ILMU UNTUK MASUK SEWAKTU BELAJAR"
"Akak tidak akan belajar melainkan sudah ada ketenangan yg dicurahkan kedalam hati akak"
"Mana mungkin ilmu yg menjadi milik Allah itu untuk masuk ke dalam hati dan jasad yg bermaksiat..."

Ya Nurr, Ya Hadi...
Limpahkan selautan ilmu Mu kedalam hatiku...
Agar bisa ku mengenalMu dengan sepenuh keyakinanku..


******************************

Ya, mungkin kita anggap DOA adalah satu perkara yang remeh dalam hidup...
apabila ditimpa masalah dan musibah, maka kalutlah diri kita untuk mula mencari tikar sejadah..
kononnya mahu menjahit kembali sejadah iman yang telah kian lama terkoyak...
mahu menyulam kembali taubat2 yang lama kita tinggalkan..
mahu menyemai kembali bibit rasa kasih cinta pada Pencipta....


Itu semua LUMRAH hidup manusia...!!!

adakah kita merasakan Allah akan memakbulkan DOA n melihat kita dengan pandangan rahmat dan kasih NYA setelah sekian lama kita tinggalkan Allah??
berapa banyakkah masa dalam seharian kamu peruntukkan untuk Allah???
Perkara apakah yang menghalangmu daripada 'bertemu' dengan Allah dlm seharian hidup mu??

Allah... Allah... Allah... Allah..

Wahai diriku yang mudah sangat lupa...
ketahuilah oleh mu, tatkala kamu mengingati Allah dikala kesenangan melilit tubuh mu,
takala kamu bersyukur dikala rahmat dan rezeki melimpah ruah turun kepadamu,
tatkala kamu merindui Allah dikala isi dunia diberikan padamu,
di saat kegembiraan kamu di peruntukkan untuk Allah...

MAKA


Allah yang bersifat dengan penuh adil dan kasih sayangNYA..
Yang bersifat dengan ar-Rahman dan ar-Rahim...
akan turut mengingatimu..
disaat kamu kehampaan..
dikala kamu kekecewaan..
ketika kamu kesedihan...
diwaktu kamu ditinggalkan kesepian...
di masa kamu dijatuhkan...
disaat hatimu gundah gelisah..
dikala jiwamu resah...

Ingatlah Allah dikala kamu senang, Nescaya Allah mengingatimu dikala kamu kesusahan...


"Jika Allah  menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." ali imran

" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " ar- ra'adu

 "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " al-Baqarah


6 December 2011

matahari telah terbit...

saya akan mula menaip kembali.....

buat permulaan ni, nah ambek satu kata2 yg aku pungut dari lorong2 mereka yg merasai pahit dan manis dlm perjuangan.. aku harap aku dan kalian bersama2 'mereka' itu...

    --------------------------->>>>


"Pada persepsiku, sekujur tubuh badan yang kaku dalam mempertahankan keadilan daripada kezaliman adalah LEBIH BAIK daripada tubuh sasa yang mendampingi kerakusan dan membelakangi kemanusiaan...."

~~ "...terus terang aku katakan : Roh ummat ini adalah ISLAM!!! Islamlah yang telah menghidupkan ummat ini daripada kematiannya. Islamlah yang mengumpulkan daripada perpecahan, memberinya petunjuk dan mengeluarkan daripada kesesatan. Memecahkan belenggu kejahilan. Mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya. Menjadikan ummat yang terbaik yang dikeluarkan di kalangan seluruh ummat manusia...!! 
(al-Qaradhawi)


Ya Allah, Gantikanlah ketewasan dan kegelapan pada hari ini dengan suatu hari yang megah dan cerah... seperti hari Khalid al-Walid di dalm perang Yarmouk, ataupun di hari Saad bin Abi Waqas dalam perang al-Qadisiah, atau di hari Amru bin al-Ash di perang Ajnadain atau di hari Tariq bin Ziad menakluk Andalus, atau Salahuddin al-Ayyubi di Hittin atau Qataz di Ain Jalut.... Atau di hari al-Fateh pada pembukaan Konstantinopel.... 


Kemenangan mutlak adalah milik Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...