26 May 2011

Di manakah kita semua....??



Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.



Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.



Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!



Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.



Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.



Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”


susuk tubuh darah pejuang syahid ini telah menubuhkan al- Harakatul Muqawwamatul Islamiyah atau HAMAS bersama sahabat-sahabatnya pada 14 Disember 1987. Jasad ini telah berkelana bertemu dengan Allah bersama darah kesyahidan dan perjuangan suci apabila dijatuhi dengan bom daripada helikopter Israel laknatullah seketika selepas usai solat subuh berjemaah di masjid pada 22 Mac 2004.... Semoga darah dan debu-debu perjuangan terus terpalit di tubuh-tubuh kita semua....

15 May 2011

Setitis Linangan... Selamat Hari Guru..




Dalam hening subuh, cahaya sang fajar,
Guruku menadah tangan memanjat harapan,
Menggadai jati diri untuk anak bangsa,
Mengalun irama, anak-anakku...
Semoga kalian berjaya...

Guruku sering melapah keringat, memerah semangat,
Biar bangsaku berjasa,
Haus ditelan serak suara perkasa,
Cemar dikotori debu kapur permata,
Lasak menapak mengelilingi sekolah tua,
Walau dikota atau rimba belantara...


Saban hari, air mata guruku,
Melayan kerenah ibu bapa muridmu,
Sering kali dibenci dikutuk nista,
Namun, air mata guruku penawar berharga,
Walau dipuji guruku tidak alpa,
Walau dikeji guruku tetap tega,
Hatinya tembaga suasa...

Air mata guruku,
Menangisi kejayaan muridnya,
Menangisi kegagalan muridnya,

Pada hari ini,
Sapulah air matamu guruku,
Sebagai lambang dirimu yang berjasa,
Menyuburkan benih harapan bangsa,
Menjadi pohon cemara berbunga jingga,
Menyebarkan wangian yang tak pernah padam jua...


p/s : Selamat Hari Guru kepada seluruh pendidik yang telah sudi mendidik diri ini...
- Seluruh Murabbi di Tadika Tengku Anis,
- Seluruh Murabbi di Sek. Keb. Sultan Ismail (1),
- Seluruh Murabbi di Maahad Muhammadi lil Banin,
- Seluruh Murabbi di Maahad Tahfiz Sains Berangan,
- Seluruh Murabbi di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,
- Seluruh Murabbi di Centre Foundation Studies Of IIUM...

dan kepada kedua-dua insan yang telah menjadi guru sejatiku hingga ke akhir hayat hidup ini... kedua ibu bapaku SUHAIMI HUSSIN & RUHANI HUSSIN....
 



11 May 2011

~Mereka Yg Pernah Mencoret Kisah Hidupku (2)~

kisahnya bermula disini...

sebelum spm...

bersama pencetus minatku kpd chemistry... Arigato cikgu nik man..(^_^)"

penggerak empirical.... xkan dah stop kot empirical neh???? ha3
kena lihat dgn mata yg penuh seni...hahaha

bersama adik2 2nd & 4th batch of MTS....
bile laa dapat buat program bersama lagi...sob3
radio kelas 5 bnu nafis... kalu xdop demo ni gak, senyap laa kelas...haha

ketika senang kami bersama.....

susah pom kami bersama....



p/s: gambar madagascar tu xde kena mengena dgn 1st batch pom... takot2 ade yg terasa...haha

8 May 2011

Selamat Hari Ibu...



Selamat hari ibu buat bonda yang amat ku kasihi...
yang telah sudi berkongsi rahim denganku...
yang telah sudi mengandungkan aku...
yang telah sudi menyusukan aku tanpa rasa kesal..
 yang telah melahirkan aku melalui rahim keibuaanya...

Ibu..
Terima kasih kerana telah menjagaku sejak kecil...
kerana telah mengajarku liku-liku kehidupan...
kerana telah memberi perlindungan dan teduhan kasihmu ibu..
kerana telah memberikan aku semangat kemenagan..
kerana telah sudi membiarkan aku memanggilmu dengan panggilan
Ibu..

Ibu,
maafkan anakmu ini jika ada lisan 
yang telah mengguriskan hatimu...
jika ada kelakuan yang telah mengecilkan hatimu..
jika ada kesalahan yang menitiskan air mata mu ibu..
jika ada kekhilafan yang mengecewakanmu..

Ya Allah,
Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku
Kau kasihilah mereka seperti mana mereka
mengasihiku sejak dari kecil lagi
Kau panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan kepada Mu
Kau limpahkanlah rahmat dan kasihMu kepada mereka..
Kau akhirilah hidup kami dalam ketaqwaan kepada Mu
dan mendapat tempat yang teragung di sisi Mu..

Tiada kata secantik bahasa
untuk mengucapkan jutaan syukur pada Mu
kerana telah memberikan aku
seorang insan
yang bergelar
IBU...



Zainab al Ghazali al Jubaili

dipetik daripada buku "hari-hari dalam hidupku" karangan Zainab al Ghazali al Junbaili :
 
Kegiatanku ini tidak menghalangku daripada menyempurnakan tugas di Markaz Am Jama'ah Muslimat dan tidak pula menyebabkan aku cuai terhadap tugas kekeluargaan. Suamiku yang mulia al-Marhum Muhammad Salim dapat menghidu sifat berwaspada saudara Abdul Fattah Ismail dan beberapa kader-kader bijak dari angkatan muda yang datang ke rumah kami.

"Adakah Ikhwan Muslimin masih bergiat cergas?" tanya suamiku.

"Ya," jawabku.

"Bagaimanakah penyusunannya dan sampai ke tahap mana kegiatannya sekarang?" tanyanya lagi.

"Menyusun kembali jemaah Ikhwan."
"Wahai suamiku yang mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, apakahyang aku ucapkan kepadamu pada hari itu?" tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.

"Ya, kamu mensyaratkanbeberapa syarat. Tetapi hari ini aku bimbangkan gangguan daripada pihak taghut terhadapmu," jelasnya.

Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.

"Aku masih ingat lagi apa yang telah aku katakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui,kerana kamu akan menjadi suamiku. Sealagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jama'ah Musliamat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar...

"Perkara yang aku percayai dan yakini ialah risalah Ikhwan Muslimin. Tidak ada kaitan antara aku dengan Mustafa an-Nahas, cuma persahabatan secara peribadi saja. Aku telah memberi bai'ah kepada Hasan al-Banna untuk mati berjihad di jalan Allah.

"Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku yang sangat ku harapkan. Apabila berlaku pertembungan antara kepentinga peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku, dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berad adi persimpanga jalan."

"Pada masaitu kamu tunduk kepala, kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lau kamu berkata: "Apa yang kamu mahu untuk masa kahwin? Kamu tidak meminta apa-apa, cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah. Aku tidak tahu kamu mempunyai hubungan dengan al-Imam Hasan al-Banna. Yang aku tahu hanyalah engkau telah beselisih faham dengannya, berkenaan dengan tuntutannya untuk menggabungkan Jama'ah Muslimat ke dalam Ikhwan Muslimin."

"Alhamdulillah akhirnya kita bersetuju untuk bernikah di tengah-tengah tribulasi Ikhwan Muslimin pada tahun 1948 sebelum syahidnya al-Imam Hasan al-Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan untuk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya kepada dakwah. Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku di bebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahidin, janganlah kamu betanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya. Terimalah hakikat ini seperti seorang lelaki yang bernikah dengan seorang wanita yang berumur 18 tahun yang menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam. Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak di segenap diriku." kataku dengan panjang lebar untuk mengingatkannya kepada syaart yang pernah kami persetujui.

"Kamu ingat lagikah?" kataku lagi sambil memandang kepadanya setelah diam sejenak.
"Ya." jawabnya.

"Pada hari ini aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia daripada Allah s.w.t, apabila dia menerima amal dan usahaku,"kataku. 

"Aku tahu bahawa, adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi, di dalam jiwa kita, Allah lebih besar daripad diri kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang berada pada suatu marhalah (tahap) yang penting dan genting, di dalam marhalah dakwah," kataku lagi.


"Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwan Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu," kata suamiku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s: kisah yang ditaip tadi adalah sebahagian daripada coretan mujahidah yang telah menyerahkan seluruh hidupnya pada jalan Allah, Zainab al Ghazali al Jubaili. Beliau adalah srikandi muslimah Islam yang amat digeruni oleh pihak taghut Mesir. Coretan di atas adalah sebahagian daripada tinta beliau dalam buku yang bertajuk "Hari-hari dalam hidupku"... Semoga kita dibekalkan dengan semangat dan kekuatan aqidah sohih seperti beliau... amin



2 May 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

setelah kehilangan 2 ekor anak kucing ( sekor mati keno langgar n sekor lg ghaib gitu jah, tinggal laa lg 3 ekor kucing yang masih cuba survive), 2 ekor labi-labi mati lemas dale kolam ikan sebab air banyok tlajok ( pelik jgop sbena nga labi-labi 2 ekor tuh, skalo galok duk main air, tp..... tengok2 lemas plop...hu3). Pagi kamis lepas, dikejut kea plop nga ike dale kolam mati beramai-ramai ( sebab klorin dale air terlebih & x de nok backup nga anti-klorin)...hu3

Bagi mengganti tempat semo haiwan-haiwan kesayangan xd, maka terbeli laa seekor tikus belanda, Guinea pig (ni buke jenis ba** deh, takot saloh tafsir plop) ha3.. sebenarnyo, lamo doh duk mikir nok peliharo tikus neh... barapo kali doh g survey di petshop, tp kekangan masa, duit & penjaga.. Loni ok laa cz cuti sapa bule 9, buleh laa jago haiwan2 hok duk dumoh neh...hu3


                                                                                      
        belum ada namo lagi neh... sapo ado cdgn, buleh laa bagi...hi3                                                                

                            jantina pom belom dikenal pasti lg...ha3                                                         

                        yang paling penting, masih single lg neh...haha                                                             

                         xleh g dekat sket, mesti bunyi slaluh... kuik-kuik-kuik             

Baru kutahu, tikus ni rupo2nyo make punyo laa banyok... carrot, kubis, mentimun, tomato, jambu semuo dio bedal... kalu lambat sket jah letok makane, maka siren pom bunyi laa, kuik-kuik-kuik-kuik... meme bising sangat laa.. sapa ko kucing 3 ekor tu pom tahu doh yang tikus ni da ada dale rumoh... ( harap2 laa 3 ekor tu x planning gapo2 @ serang hendap..ha3)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...