8 May 2011

Selamat Hari Ibu...



Selamat hari ibu buat bonda yang amat ku kasihi...
yang telah sudi berkongsi rahim denganku...
yang telah sudi mengandungkan aku...
yang telah sudi menyusukan aku tanpa rasa kesal..
 yang telah melahirkan aku melalui rahim keibuaanya...

Ibu..
Terima kasih kerana telah menjagaku sejak kecil...
kerana telah mengajarku liku-liku kehidupan...
kerana telah memberi perlindungan dan teduhan kasihmu ibu..
kerana telah memberikan aku semangat kemenagan..
kerana telah sudi membiarkan aku memanggilmu dengan panggilan
Ibu..

Ibu,
maafkan anakmu ini jika ada lisan 
yang telah mengguriskan hatimu...
jika ada kelakuan yang telah mengecilkan hatimu..
jika ada kesalahan yang menitiskan air mata mu ibu..
jika ada kekhilafan yang mengecewakanmu..

Ya Allah,
Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku
Kau kasihilah mereka seperti mana mereka
mengasihiku sejak dari kecil lagi
Kau panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan kepada Mu
Kau limpahkanlah rahmat dan kasihMu kepada mereka..
Kau akhirilah hidup kami dalam ketaqwaan kepada Mu
dan mendapat tempat yang teragung di sisi Mu..

Tiada kata secantik bahasa
untuk mengucapkan jutaan syukur pada Mu
kerana telah memberikan aku
seorang insan
yang bergelar
IBU...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...