26 April 2011

Al Muslimun Qadimun...



Untukmu
Wahai imamku
Wahai guruku yang mulia
Wahai pembawa pelita di zaman buta
ke arah jalan Muhammad



Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam
Wahai yang berteriak lantang untuk Islam
Putera-puterinya hanya pemuda Muslim



Dia menulis untuk dunia
sebuah dokumen kemenangan
Dia tidak akan menulisnya
melainkan dengan darah



Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan
engkau hadir di tengah-tengah kami
Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah dan
pelaku dosa
Mereka menyangka engkau telah tiada, sedangkan
engkau menyaksikan kami



Kami ikuti jejak langkahmu di setiap jalan yang gelap
Kemudian bersama kepimpinanmu
yang memberi suluh
Yang telah kau bina tidakkan hancur
Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati
Peribadimu selalu ada dalam fikiran
Dan namamu sentiasa menghiasi bibir


Untaian puisi di atas adalah sebahagian daripada bait-bait puisi tentang As Syahid Imam Hasanul Banna yang dikarang khas oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi yang bertajuk : Al Muslimun Qadimun. Beliau muncul di ceruk-ceruk runtuhan iman dalam kalangan ummat yang penuh dengan palitan dosa. Beliau telah menyemai benih dan menjaganya hingga benih itu tumbuh subur, membesar, lebat, akarnya membenam ke dalam tanah dan batangnya menjulang ke langit. Beliau telah mencetak ribuan ulama' dan cendekiawan Islam yang mahu berjuang di saff hadapan dalam perjuangan dan medan dakwah. Beliau telah mendidik Ikhwan dengan ilmu dan amal, iman dan harapan, cinta dan persaudaraan, tilawah dan bisikan doa.

Beliau adalah ikon pejuang yang rapat hubungannya dengan para pendokong dakwah umpama seorang guru dengan muridnya dalam cara pemikiran, seperti hubungan seorang Sheikh dengan anak buahnya dalam pembinaan ruhiyah, hubungan seorang ayah dan anaknya dalam emosi, hubungan seorang pemimpin dengan kakitangannya dalam sebuah organisasi. -Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi-

Maka layaklah As Syahid mendapat jolokan sebagai MUJADDID...!!!

Allahu Ghayatuna...
Ar Rasul Qudwatuna...
Al Quran Dusturuna..
Al Jihadu Sabiluna...
Al Mautu fi sabilillah Asma Amanina...
Allahuakbar...!!!

P/S: puisi diatas dipetik daripada buku Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun karangan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Ya, aku telah tertarik dengan penceritaan Dr. Yusuf al Qaradhawi tentang kisah pengenalan dan penglibatan beliau di dalam IM. Beliau adalah mutiara yang lahir dari madrasah tarbiyah ikhwan muslimun dan pernah mendekam beberapa kali di sebalik tabir jeriji besi Mesir sejak di bangku sekolah menengah. Buku ini aku beli sewaktu Kuala Lumpur Intetrnational Bookfairs 2011 di PWTC. Selamat membaca...!!


" bergabungnya aku dgn Ikhwan telah mengubah cita-citaku daripda cita-cita biasa & terbatas kepada cita-cita besar & universal "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...